BERITA

PROGRAM / AKTIVITI

Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director

29/8/2020

Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, sekali lagi TDC Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi pada 29 dan 30 Ogos 2020 yang lalu.
Berbeza dengan Majlis Anugerah RD & PD yang dianjurkan sebelum ini, pada penganjurannya kali ini, majlis berlangsung dalam suasana serba ringkas demi mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Buat pertama kalinya Majlis Anugerah RD & PD diadakan selama dua hari yang dibahagikan kepada empat sesi demi meraikan semua penerima anugerah dan para jemputan yang dikasihi dan disayangi TDC Holdings Sdn. Bhd.
Seramai 16 insan hebat Ruby Director dan 190 insan istimewa Platinum Director yang telah diraikan. Penerima Anugerah Platinum Director akan membawa pulang hadiah berupa travel voucher bernilai RM3000, sijil penghargaan, pin, selempang dan jambangan bunga manakala Penerima Anugerah Ruby Director pula akan membawa pulang barang kemas bernilai RM8000, sijil penghargaan, pin ruby director dan piala.

Infaq Masjid Prima Saujana Kajang

20/8/2020

Alhamdulillah, di hari kemuliaan Awal Muharram TDC Holdings Sdn Bhd telah berpeluang menghadiri majlis penyerahan infaq kepada Masjid Prima Saujana Kajang (MPSK) yang bertempat di Taman Prima Saujana, Kajang. Sumbangan yang diserahkan adalah atas tujuan pembinaan MPSK yang telah bermula sejak Mac 2019 yang lalu. Sumbangan ini disampaikan oleh En Hafizuddin Hiew Abdullah, CEO TDC Holdings Sdn Bhd kepada Pengerusi MPSK sendiri iaitu Haji Asri Harun. Turut hadir ialah MD Kajang, Pn Norlela Hamid bersama suami, En Zakaria Muhammad bagi sama-sama memeriahkan majlis penyerahan sumbangan ini. 
Sehingga kini, 70% kerja pembinaan MPSK telah dibuat. Struktur masjid 2 tingkat yang dibina di atas 1.5 ekar meliputi ruang tingkat atas serta ruang limpah mampu menampung sebanyak 2,800 jemaah pada satu-satu masa. Manakala di tingkat bawah disediakan kemudahan seperti dewan serbaguna untuk 1,500 orang, kelas pengajian, bilik tetamu, ruang buffet, setor, bilik masak dan bilik pengurusan jenazah. Yang lebih menariknya, MPSK ini dikenali sebagai masjid mesra OKU dan warga emas kerana di tingkat atas akan disediakan laluan khas OKU, bilik air khas OKU dan tempat wudhuk khas OKU dan warga emas.

Golden Seed Batch 6

23/2/2020

Alhamdulillah,selesai sudah GOLDEN SEED BATCH 6 yang buat julung kalinya di adakan di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang hadir & terpilih untuk program yang hebat ini. Semoga anda semua berjaya diluar sana dan dapat praktikan segala ilmu yang anda pelajari didalam Training ini. Akhir kata, semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!! 

TDC Anugerah Ruby Director & Platinum Director Sabah Sarawak

23/2/2020

Alhamdulillah, pada 23 February 2020, telah berlangsung Majlis Ruby Director & Platinum Director di Ming Garden Hotel & Residences Kota Kinabalu, Sabah. Majlis yang bertemakan GOLD & BLACK ini dianjurkan khas buat pertama kalinya di Sabah bagi meraikan kesemua usahawan C2JOY dari Sabah & Sarawak khususnya. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir dan SYABAS serta TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima ANUGERAH RUBY DIRECTOR & PLATINUM DIRECTOR pada malam tersebut. 

#fenomenac2joy #sellingfromtheheart #togetherwearestrong #susuc2joy

TDC Anugerah Ruby Director & Platinum Director

2/2/2020

Alhamdulillah , selesai sudah anugerah yang dinanti nantikan oleh para usahawan C2Joy sekalian. Anugerah yang amat gilang gemilang ini diadakan di LE QUADRI HOTEL yang bertemakan CHINEESE TRADITIONAL. Seramai 63 usahawan c2joy menerima anugerah bagi Platinum Director dan 8 orang bagi penerima Ruby Director. Alhamdulilah program berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan program yang amat meriah ini . Sekali lagi TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima anugerah.

TDC Affiliate Link

1/1/2020

TDC Affiliate Link ini berfungsi sebagai media untuk memperkenalkan profil bisnes usahawan, media promosi dan transaksi secara 24 jam tanpa henti, bagi meluaskan target prospek, memudahkan pelanggan untuk mengakses, serta dapat meningkat kredibiliti bisnes kerana seluruh Malaysia mahupun dunia dapat mengenal bisnes anda. TDC Affiliate Link merupakan langkah yang TERBAIK untuk menjadikan perusahaan lebih dikenal dan meluas.

Majalah Sosial Edisi Khas TDC 2019

19/1/2020

TDC Holdings Sdn Bhd telah mengeluarkan Majalah Sosial Bispoint EDISI KHAS TDC 2019. Pelbagai pengisian menarik termasuk perkongsian kisah kejayaan, pahit manis, jatuh bangun dan rahsia kejayaan usahawan C2Joy, serta rangkuman program-program anjuran TDC disatukan dalam satu majalah ini.

Anda boleh menghayati kisah kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk terus maju bersama C2Joy. Jangan biarkan kenangan bersama C2Joy hilang di ingatan.

Golden Seed Batch 5

19/1/2020

Alhamdulilah tamat sudah bengkel GOLDEN SEED BATCH 5 , yang berlangsung selama 2 hari di HQ Cheras. Tahniah diatas semua peserta yang terpilih untuk bersama sama di dalam training yang hebat ini. Semoga anda semua berjaya diluar sana dan dapat praktikan segala ilmu yang anda pelajari didalam Training ini. Akhir kata, semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!!

TDC Go SABAH Reward

10/1/2020

TDC ACHIEVERS GO SABAH REWARD , 10 JANUARY – 13 JANUARY 2020 Alhamdulilahh , selesai sudah trip TDC GO SABAH REWARD yang berlangsung selama 3 hari 2malam. Tahniah kepada semua Dealer yang dapat memenangi reward trip ke Sabah. Alhamdulilah , dengan adanya trip ini, para dealer dapat menjalinkan ukhwah dengan lebih mesra. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para dealer yang achieve target ini. 

TDC Family Fun Day

23/11/2019

23 November 2019, bertempat di Taman Putra Perdana Putrajaya, sempena cuti sekolah, satu acara sukaneka telah diadakan yang menggabungkan kesemua ahli C2Joy seluruh Malaysia bersama keluarga dan juga kesemua staff TDC Holdings Sdn Bhd. Acara sukaneka ini dianjurkan bertujuan untuk mengalakkan kesemua pihak yang terlibat utuk bersukan, mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti riadah dan juga secara tidak langsung untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua. Alhamdulillah, kesemua pihak yang terlibat dan rata-rata peserta yang hadir berpuas hati, memberi kerjasama yang cukup baik dan enjoy dengan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan tahniah kepada semua pemenang. Badan sihat bersama C2JOY ! Silaturahim dieratkan, hati pun ENJOY!

Anugerah Platinum Director & TDC Special Reward

25/10/2019

Anugerah Platinum Director & TDC Special Reward adalah salah satu majlis yang amat dinanti – nantikan oleh semua usahawan C2Joy dari serata negeri. Tahniah diucapkan kepada semua Para Pemenang dan juga usahawan-usahawan C2Joy yang hadir memeriahkan Majlis Anugerah Platinum Director ini. Tahniah juga buat para Usahawan yang telah dinobatkan sebagai PLATINUM DIRECTOR seramai 80 orang yang hadir dari pelbagai Negeri. Suasana Majlis dihiasi dengan kelipan – kelipan baju dan gaun yang seiring dengan Tema Majlis iaitu TEMA BOLLYWOOD. Majlis dimeriahkan oleh MC jemputan,Pak Ayob, seorang yang bersahaja dan sering berjenaka diatas pentas. Sekali lagi TAHNIAH kepada anda semua yang hadir.

MOU Signing Ceremony

25/10/2019

MOU Signing ceremony antara TDC Holdings Sdn Bhd dan Magna Bridge Travel & Tours Sdn Bhd telah berlangsung pada 14 September 2019 di Grand Dorsett Subang.

TDC 3rd Anniversary

14/9/2019

TDC 3RD Anniversary telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2019 di Grand Dorsett Subang. Malam istimewa itu turut dihadiri oleh tetamu dan persembahan istimewa dari Ziana Zain telah memukau kesemua tetamu yang hadir. Tidak lupa juga kepada Pasangan duet emcee yang cukup menarik hati dan menghiburkan para tetamu dengan telatah mereka.

Pada malam bersejarah itu juga, ramai leader telah menerima hadiah sumbangan TDC Holdings Sdn Bhd, antara reward yang telah diberi ialah, Anugerah Top Rising Stars Of The Year 2019, TDC Special Reward Gelang Emas 916k,TDC Special Reward Rantai Emas 916k,TDC Special Reward Go New Zealand & TDC Special Reward Go New Zealand & Go Umrah. Yang paling menarik, hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga turut disediakan bagi tetamu yang bertuah termasuk handphone dan pakej umrah.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjayakan malam istimewa TDC! Semoga kita semua berjumpa lagi di lain hari. Selamat Ulang tahun ke 3 buat TDC Holdings Sdn Bhd !

TDC Go Korea Reward 2019

13/4/2019

Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal”. (Hadith Riwayat al-Dailami)

Alhamdulilah, berkat kesungguhan , penat lelah para Dealer dan Leader C2joy, mereka telah pun berjaya terbang ke bumi KOREA dengan ditanggung sepenuhnya oleh TDC Holdings SDN BHD. Selama 6 hari 5 malam di bumi Korea, mereka telah mencipta kenangan yang berharga ketika berada disana. Hubungan terjalin dengan lebih mesra antara satu sama lain. Kamsahamida C2Joy.

Golden Seed Batch 3

13/4/2019

Alhamdulilah, selesai sudah Program Golden Seed batch 3 yang berlangsung selama 2hari. Terima kasih kepada semua peserta kerana telah beri kerjasama sepenuhnya. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua staff yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. Semoga anda semua terus BERJAYA. KITA JUMPA DIPUNCAK KEJAYAAN. 

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.

Golden Seed 1st Batch

13/4/2019

Alhamdulilah,  Berakhir sudah program GOLDEN SEED pada 26 & 27 / 01 / 2019 , Semoga ilmu yang diperolehi di program ini dapat anda semua guna diluar sana. Insya Allah jumpa anda di puncak kejayaan .

#susuc2joy #sellingfromtheheart #fenomenac2joy

Professional Leader Coaching Program PLC PRO

28/4/2018

Alhamdulilah, Professional Leader Coaching Program PLC PRO di Sudara Beach Resort Tok Bali Kelantan berjalan lancar pada 28hb April 2018 – 30hb April 2018.

©2019 TDC. ALL RIGHT RESERVED.